Informasi Sukan Malaysia

Gambar Majlis Nikah TMJ Dan Cik Khaleeda Selamat 24 Oktober 2014

tmj nikah
TMJ
TMJ Dan Cik Khaleeda Selamat Diijab Kabul 24 Oktober 2014
JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim selamat diijab kabul dengan Cik Khaleeda Bustamam, 21, di Istana Bukit Serene dalam satu majlis tertutup di sini, Jumaat.

Upacara akad nikah telah disempurnakan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan permaisuri Raja Zarith Sofiah bersama-sama anakanda baginda turut hadir.

Selepas majlis itu, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith dilihat meninggalkan kawasan istana sekitar pukul 11.45 pagi.

Lebih kurang 15 minit kemudian, Tunku Ismail, 30, dan Che Puan Khaleeda meninggalkan istana.

Mereka melambaikan tangan kepada wartawan yang menunggu di luar pintu gerbang istana.

Sebelum itu, pengantin lelaki tiba di pintu gerbang istana pada pukul 10 pagi menaiki kereta Rolls-Royce Phantom bersama polis pengiring.

Pemimpin negeri termasuk anggota exco Johor dan tetamu jemputan tiba di Istana Bukit Serene sekitar pukul 8 pagi - mStar online




Gambar Majlis Pernikahan TMJ Dan Che Puan Khaleeda Bustamam 24 Oktober 2014


tmj nikah


tmj nikah
tmj nikah
tmj nikah

gambar kredit Johor Southern Tigers


Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2014/10/tmj-dan-cik-khaleeda-selamat-diijab-kabul.html#ixzz3H3VgTll1 
Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebook
Tag : BOLASEPAK
0 Komen untuk "Gambar Majlis Nikah TMJ Dan Cik Khaleeda Selamat 24 Oktober 2014"

Back To Top