Informasi Sukan Malaysia

Skuad Sepak Takraw Malaysia Terus Jadi Lauk Thailand

Skuad Sepak Takraw Malaysia Terus Jadi Lauk Thailand | INCHEON: Impian skuad sepak takraw negara untuk menamatkan badi kekalahan ke atas musuh tradisi, Thailand di Sukan Asia dalam acara berpasukan tidak kesampaian selepas tumbang 2-0 di separuh akhir, sebentar tadi.
sepak takraw sukan asia 2014Pasukan yang dibimbing jurulatih Jamaluddin Hassan itu menempah laluan sukar apabila menentang Thailand di separuh akhir selepas sekadar menjadi naib juara Kumpulan B.
Menurunkan gandingan Mohd Zamree Mohd Dahan, Mohammad Syahir Mohd Rosdi dan Mohd Syazreenqamar Salehan sebagai regu pertama, regu negara tewas 21-16, 21-10 kepada regu utama Thailand, Anuwat Chaichana, Sittipong Khamchan, Pattarapong Yupadee dalam perlawanan yang mengambil masa 41 minit.
Dan harapan yang diletakkan kepada regu kedua dibarisi Mohamad Fadzli Muhammad Roslan, Izurin Refin dan Mohd Muqlis Borhan juga tidak kesampaian apabila tewas 21-14, 21-11 kepada regu kedua Thailand yang dikuatkan dengan Pornchai Kaokaew, Siriwat Sakha dan Suriyan Peachan dalam masa 39 minit.
Thailand yang dibimbing jurulatih berpengalaman, Kamol Tankimhong hadir dengan reputasi tinggi sebagai pemenang emas empat kali berturut-turut sejak Bangkok 1998.
Pada perlawanan pertama Kumpulan B sebelum ini, Malaysia tewas mengejut kepada Indonesia 2-1 - BH online
0 Komen untuk "Skuad Sepak Takraw Malaysia Terus Jadi Lauk Thailand"

Back To Top